Saturday, 14 March 2015

ADAB BELAJAR




قال رسول الله : من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الأخرة فعليه بالعلم ومن أراد هما فعليه بالعلم.

Adab semasa belajar
Membaca doa sebelum belajar.
Member tumpuan ketika guru mengajar.
Duduk dengan sopan.
Tidak bercakap ketika guru mengajar/

Fadhilat beradab semasa belajar
Memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.
Dipandang mulia.
Ilmu yang dipelajari diberkati allah.
Mudah ingat dan faham pengajaran guru.

Akibat tidak berada ketika belajar
Terpengaruh dengan unsure negatif.
Tersisih daripada kawan-kawan.
Rendah budi pekerti.
Hidup susah.

Doa sebelum belajar

اللهم أغنني بالعلم وزينى بالحلم وأكرمني بالتقوى وجملني بالعافية والحمدلله رب العالمين.

doa selepas belajar

اللهم ذكرنا منه مانسينا وعلمنا منه ما جهلنا، وارزقنا تلاوته، ءاناء اليل وأطراف النهار، واجعله لنا حجة يا
رب العالمين.







ADAB DI MASJID



Adab masuk masjid
Mendahulukan kaki kanan dan memberi salam.
Membaca doa masuk masjid.
Solat sunat tahiyyatul masjid.
Berniat I’tikaf.

Adab keluar masjid
Membaca doa.
Melangkah dengan kaki kiri.
Berniat untuk dating semula kemasjid.
Beradab sopan.
Jangan mengambil barang orang lain.

Fadhilat beradab dimasjid
Meningkatkan keimanan kepada allah.
Menjaga silaturrahim
Beroleh ketenangan jiwa.
Dihormati orang lain.

Akibat tidak beradab di masjid
tidak disukai orang lain.
Hidup menjadi tersisih.
Dipandang hina oleh orang.
Sukar mendapat kawan.

Doa masuk masjid

اللهم اغفرلي ذنوبي وافتح لي ابواب رحمتك

Doa keluar masjid

اللهم اغفرلي ذنوبي وافتح لى ابواب فضلك




ADAB MENAIKI KENDERAAN



Adab menaiki kenderaan
Melangkah masuk dengan kaki kanan.
Kenderaan yang digunakan adalah selamat.
Membaca doa.
Beratur dan dahulukan orang tua.
Mematuhi peraturan jalan raya.
Tidak bergurau ketika memandu.

Fadhilat beradab menaiki kenderaan
Mendapat ganjaran daripada allah.
Mudah sampai ketempat dituju.
Selamat dalam perjalanan/
Dipandang mulia orang lain.

Akibat tidak beradab menaiki kenderaan
Tidak disukai orang lain.
Berlaku kemalangan.
Menyebabkan orang lain menjadi susah.
Lambat sampai ketempat yang dituju.

Doa menaiki kenderaan

سبحن الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين( ١٣) وإنا إلى ربنا لمنقلبون(١٤ )





ADAB TIDUR




قال الله تعالى:
وَجَعَلْنَا نومكُمْ سُبَاتَا (٩) سورة النبأ
ارتيث: كامي جاديكن تيدور كامو سباضاي بريحت

Adab sebelum tidur
menggosok gigi.
mengambil wuduk.
berpakaian bersih.
membaca doa.
memohon maap kepada kedua ibu bapa.

Adab selepas bangun tidur
Membaca doa selepas bangun.
Kemaskan tempat tidur.
Gosok gigi.
Bersuci dan mandi.
Berpakaian bersih dan kemas.

Fadhilat beradab sebelum dan selepas bangun.
Mengamalkan sunnah nabi Muhammad.
Menjaga kesihatan tubuh badan.
Sentiasa berdisplin.
Minda cergas dan cerdas.

Akibat tidak beradab sebelum dan selepas bangun
Rasa mengantuk ketika belajar.
Mudah mendapat penyakit.
Hilang rasa displin.
Dibenci orang lain.
Susah mengingat pelajaran.

Doa sebelum tidur

بِسْمِكَ اللهُمَّ أحْيَا وأَمُوتُ

Doa selepas bangun tidur

الحمدلله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور

ADAB MAKAN DAN MINUM




1.ADAB SEBELUM MAKAN DAN MINUM:-

  • MEMBACA DOA MAKAN.
  • MEMBASUH TANGAN HINGGA BERSIH.
  • BERPAKAIAN BERSIH DAN KEMAS.
  • DUDUK DENGAN TERTIB DAN MENGHADAP MAKANAN DENGAN TENANG.
2.ADAB SEMASA MAKAN DAN MINUM:-

  • MENGUTAMAKAN ORANG YANG LEBIH TUA.
  • JANGAN GELOJOH KETIKA MAKAN DAN MINUM.
  • MENGGUNAKAN TANGAN KANAN KETIKA MAKAN.
  • MENGAMBIL MAKANAN YANG TERDEKAT DENGAN KITA.
  • JANGAN MENCACI MAKANAN YANG DIHIDANGKAN KEPADA KITA.
3.FADHILAT BERADAB SEMASA MAKAN:-
  • DAPAT MENGELAKKAN DARI PEMBAZIRAN.
  • SENTIASA DIPANDANG MULIA OLEH ORANG RAMAI.
  • TIDAK MENIMBULKAN KEBENCIAN.
  • SENTIASA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.
4.AKIBAT TIDAK BERADAB SEMASA MAKAN DAN MINUM:-
  • TIDAK DISAYANGI OLEH ALLAH.
  • AKAN DIPANDANG HINA OLEH ORANG LAIN.
  • BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT.
  • BOLEH MENYEBABKAN PEMBAZIRAN.
5.DOA SEBELUM MAKAN

اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

6.DOA SELEPAS MAKAN

الحمدلله الذي أطعمنا وسقنا وجعلنا من المسلمين

7.DOA JIKA TERLUPA
                                                           بسم الله في اوله واخره.